Friday, July 18, 2008

MUSALLA/ GLOBAL IKHWAN KELANTAN

KOTA BHARU,JUN 2008- Sempena kepimpinan baru Global Ikhwan kelantan, antara projek utama dan pertama yg dilancarkan oleh Syeikh Abdul Aziz Ismail yang merupakan Pengarah Global Ikhwan Kelantan ialah mengemaskan kembali solat setiap ahli. Lantaran itu diwujudkan Musolla/surau negeri. Wisma Global Ikhwan yang terletak di Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa telah dijadikan Musolla negeri.Setiap ahli diajak untuk memulakan segala-galanya dengan memeriahkan solat berjemaah terlebih dahulu. Ahli-ahli yang tinggal berhampiran musolla negeri/wisma Global Ikhwan dibentuk sebagai ahli muhafazah yang mempunyai AJK tersendiri.Setiap ahli muhafazah diminta untuk bersolat lima waktu dimusolla negeri. Musolla ini dianggap pusat untuk mendapat bantuan Tuhan. Diwujudkan juga Imam dan pembantu imam agar perjalanan solat jemaah berjalan dengan lancar dan teratur sebagaimana yang dikehendaki oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Selain itu, antara aktiviti di Musolla negeri ini ialah kuliah Fardhu ain yang diadakan setiap pagi Jumaat.Program kuliah fardhu ain ini diisi oleh Syeikh Abdul Aziz dan juga lain-lain kepimpinan Global Ikhwan Kelantan.Intipati kuliah semuanya merujuk minda-minda Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi.

No comments: