Friday, August 22, 2008

Global Ikhwan Kelantan membuka kiosk cakoi di Machang


Pak Kapten Muid sedang sibuk menyiapkan roti goreng yang dipesan oleh pelanggan beliau

Wednesday, August 13, 2008

GLOBAL IKHWAN DISANA SINI


MASUK ISLAM SETELAH BERMIMPI ORANG BERJUBAH SERBAN

Seorang tetamu India telah memeluk Islam pada hari Rabu, 30 Julai 2008, bersamaan 27 Rejab 1429H dalam Majlis Makan Amal sempena Israk Mikraj bertemakan Sembahyang Mikraj Kepada Kemenangan, di Dewan Majlis Perbandaran Seremban dari jam 11.45 pagi hingga 1.45 petang anjuran bersama Baitul Mahabbah dan Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia. Majlis yang dirasmikan oleh Puan Hasnah Abu Samah, isteri kepada Pegawai Daerah merangkap Pengerusi PUSPANITA Daerah Seremban, Negeri Sembilan, telah mendorong Encik Maniam a/l Doraysami, 55 berasal dari Sungai Petani Kedah diIslamkan oleh Ustaz Kamaruzzaman bin Ujang serta disaksikan oleh Ustaz Abdul Rahim Mohammed. Nama Islamnya ialah Mohd Umar Al-Faruq bin Abdullah, telah diberi oleh Ustaz Nasrullah bin Ashaari.Bekas ahli perniagaan yang mengusahakan Syarikat MK Transport Logistic yang mempunyai 4 buah cawangan sekitar Selangor termasuk satu di Seremban 2 yang mempunyai pendapatan mencecah RM500 hingga RM700 ribu sebulan telah berpisah dengan bekas isterinya pada tahun 2006 kerana masalah kerugian dalam perniagaan. Kini beliau menetap sendirian di Seremban 2 untuk meneruskan saki-baki hidupnya.Mengimbas kembali detik pengislamannya, sudah 30 tahun beliau memasang niat untuk memeluk Islam, namun pada majlis ini baru Tuhan izinkan. Menurut beliau lagi, pada tahun 2003 dan 2004 beliau telah bermimpi sebanyak 4 kali didatangi oleh seorang lelaki yang berjubah putih, berserban, mengajaknya menaiki sebuah kereta mewah. Adalah menjadi hasrat beliau untuk bertemu orang yang menjelma dalam mimpinya itu pada suatu hari ini kerana orang itu beliau kenali setelah ditunjukkan sekeping gambar padanya.
Sambungnya lagi, selepas pengislamannya di dalam majlis itu beliau pulang ke rumah. Di rumah beliau telah dua kali mencium bauan yang sangat wangi yang mana beliau tidak pernah bau sebelum ini. Maha Suci Tuhan, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat disebaliknya.Menurutnya lagi, sewaktu membuat pendaftaran namanya di Jabatan Agama Islam di Kuala Lumpur, dengan nama MOHD UMAR AL-FARUQ BIN ABDULLAH, beliau merasa pelik dan aneh kerana proses tersebut amat mudah, dan tidak sedikit pun lamanya dimasukkan ke dalam pendaftaran.
Kehadiran masyarakat luar boleh dianggarkan 80%, kebanyakkan yang hadir terdiri daripada pelbagai golongan iaitu Ahli Korporat, Ahli Perniagaan, Kontraktor, Persatuan, Universiti, golongan professional, kakitangan kerajaan hinggalah ke golongan kanak-kanak. Terdapat juga mereka yang berbangsa Cina dan India turut hadir pada majlis tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan dan sambutan mereka amat baik sekali. Terutama mereka kagum dengan persembahan kumpulan nasyid Mawaddah (Al-Haura') yang sangat berbakat dan professional.Selain daripada itu promosi produk-produk halal dari penaja majlis utama iaitu Global Ikhwan Sdn Bhd telah memberikan lagi keyakinan pada mereka dengan adanya syarikat bumiputera Islam yang memperjuangkan makanan halal dan mengikut syariat. Sekaligus mengingatkan kembali mereka kepada produk-produk keluaran Al-Arqam dan Pengerusi Global Ikhwan Ustaz Hj Ashaari Muhammad.
Hasil daripada majlis itu, berbagai respon masyarakat diterima amatlah positif. Selain daripada itu, Baitul Mahabbah tidak putus-putus dikunjungi oleh masyarakat sama ada untuk dilawati atau memberi sumbangan. Baitul Mahabbah juga telah menerima "sebuah water filter" yang berharga ribuan ringgit daripada seseorang yang dirinya tidak mahu dikenali. Selain daripada itu, anak-anak juga menerima bantuan 15 pasang cermin mata percuma daripada Optometry, untuk anak-anak yang mempunyai masalah penglihatan.Selain daripada itu, Baitul Mahabbah dianggap oleh penduduk sekitar Rasah Kemayan, Seremban sebagai pusat pendidikan untuk anak-anak mereka dihujung minggu bagi mendapatkan bantuan pendidikan terutama mengenai agama. Seorang ibu tunggal memohon supaya dapat membantunya dan anak-anak dalam pendidikan dan kebajikan kerana ada dikalangan mereka telah menghantar anak ke asrama anak yatim yang lain, akhirnya diambil semula kerana pendidikan dan penekanan agama yang kurang dan terabai, secara tidak langsung, Baitul Mahabbah dianggap satu alternative kepada mereka.
Tujuan Majlis itu diadakan adalah untuk memperkenalkan Baitul Mahabbah yang beroperasi di alamat No.9, Jalan RK 5/1 Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan kepada masyarakat untuk mengumpul dana bagi memenuhi keperluan Baitul Mahabbah sebagai asrama, pusat kebajikan dan pusat pendidikan.

Tuesday, August 12, 2008

WAKIL RAKYAT PAS KELANTAN YB TUAN HAJI MUHAMAD MUSTAFA DIRAIKAN DIDALAM BAS DUA TINGKAT GLOBAL IKHWAN







Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Mustafa (Wakil Rakyat PAS Dun Demit) dan Tuan Isa (Ketua Inspektor Daerah Machang) sedang diraikan didalam bas dua tingkat milik Global Ikhwan Sdn.Bhd.

Monday, August 11, 2008

LAWATAN EN.LEE BOON SENG KE PUSAT LATIHAN IKHWAN DIPANJI






KOTA BHARU 8 OGOS 2008 - Pusat Latihan Ikhwan di Panji telah dikunjungi oleh
seorang pemilik Kilang Beras dari Tumpat berbangsa Siam.Namanya Lee
Boon Seng yang berusia 36 tahun.Beliau datang bersama
isteri dan dua orang anak serta seorang pekerjanya yangberbangsa Melayu. Sebelum ini,beliau ada membuat sumbangan beras kepada Pusat Latihan ini.Beliau meninjau pembinaan bangunan induk Pusat Latihan tersebut dan melihat sendiri kegiatan pelajar disana.Beliau dihiburkan dengan nasyid dari persembahan pelajar pusat tersebut.

BAS DUA TINGKAT GLOBAL IKHWAN DIKOTA BHARU