Tuesday, July 22, 2008


KURSUS PENGHAYATAN SOLAT UNTUK MEMBENTUK REMAJA AGAR CINTA & TAKUTKAN TUHAN

Biro Dakwah & Motivasi Global Ikhwan Kelantan telah menganjurkan Kursus Penghayatan Solat khusus untuk remaja sahaja. Kursus berlangsung selama dua hari dua malam yang diadakan di Wisma Global Ikhwan Kelantan.Seramai 40 orang remaja telah menyertai kursus tersebut yang terdiri kalangan anak-anak ahli global Ikhwan Kelantan.Tema kursus ialah “Rinduilah Sembahyang Dengan Mencintai Tuhan”. Kursus ini akan diadakan lagi pada masa akan datang .

Kepada sesiapa atau pihak-pihak berkenaan yang ingin menjemput Biro dakwah & Motivasi mengadakan sebarang kursus motivasi bolehlah menghubungi Ustaz Hayaudin Hj.Mohamad (0199636245)


No comments: