Saturday, July 19, 2008


GLBOBAL IKHWAN SDN BHD BELI BAS DUA TINGKAT

Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD telah mula beroperasi di Malaysia dari utara ke selatan termasuk Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dengan membawa penumpang-penumpang yang terdiri dari kakitangan anggota Global Ikhwan buat setakat ini ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Ipoh dan Alor Setar sebagai usaha Global Ikhwan untuk mendekati rakyat Malaysia sambil mendapat ilmu dan panduan secara bergerak atau mobile yang disifatkan sebagai pusat pengajian bergerak atau universiti bergerak dan seterusnya menjadi bas persiaran untuk pelancong di dalam atau dari luar nega
Bas tersebut telah dibeli dengan harga tunai RM800,000.00 (ringgit Malaysia) tanpa berhutang dengan mana-mana institusi kewangan atau bank dari syarikat pembuatan bas Sweden bernama SCANIA untuk bahagian enjin dan chassis, dan kelengkapan badan luar dan aksesori serta kelengkapan dalaman di buat oleh syarikat bas tempatan SKS Coachbuilders Sdn. Bhd atau pendeknya dikenali sebagai SKS BUS bertempat di Jalan Puchong-Kajang, Kg. Pulau Meranti, Puchong, Selangor (www.sksbus.com.my). Menurut salah seorang pengendali bas itu, kos pembinaan bas dengan kelengkapan dalaman yang canggih dapat dijimatkan jika dibeli dengan harga tunai kerana jika dibeli dengan harga hutang kos bagi bas tersebut adalah RM1.2juta ringgit Malaysia. Pada mulanya apabila pihak Global Ikhwan menyuarakan untuk membeli bas tersebut, penjual bas menyatakan ianya mengambil masa yang lama untuk membuat tempahan, tetapi apabila pembeli dari Global Ikhwan mengatakan bas itu hendak dibeli dengan tunai, dalam masa satu hari sahaja bas tersebut sudah ada untuk dijual kepada Global Ikhwan.

Pembikinan bas untuk menjadi bas yang canggih seperti ini biasanya menurut syarikat bas tersebut ialah selama 6 bulan, tetapi yang anehnya kelengkapan bas luar dan dalamnya itu dapat disiapkan dalam masa hanya 2 bulan setengah (75 hari) sahaja dengan sokongan dan kerjasama dari pihak SKS BUS yang begitu serius untuk menyiapkan bas Global Ikhwan dalam masa yang singkat itu.Apa yang menjadikan bas Global Ikhwan itu canggih ialah terdapatnya sistem litar kamera tertutup di tingkat atas dan bawah di mana penumpang di bawah dan di atas dapat melihat antara satu sama lain untuk memudahkan komunikasi secara visual disamping secara audio melalui mikrofon yang berkabel panjang untuk semua peserta atau penumpang memberi ucapan. Selain dari dapat melihat orang lain samada di bawah atau di atas, skrin LCD yang terpampang boleh keluar dan masuk secara automatik disetiap tingkat dan penumpang boleh menonton CD atau DVD yang dimainkan di tingkat bawah. Bahagian tingkat bawah lebih eksklusif dengan adanya mini dapur atau pantry, kawalan sistem audio-video dan peralatan sofa yang menarik. Satu kelainan yang terdapat pada bas ini ialah setiap penumpang tidak memakai kasut di dalamnya. Kasut-kasut penumpang di tempatkan di dalam rak yang di sediakan dekat dengan tangga di atas dan rak di tingkat bawah berhampiran pintu kecemasan. Oleh itu, kebersihan dari segi syariat Islam dapat dikawal apabila najis dan kekotoran tidak di bawa masuk bersama kasut di dalam bas. Rak-rak kasut yang disediakan cukup untuk seluruh penumpang seramai 45 orang di mana rak kasut di sediakan satu di bawah dan 2 di tingkat atas.

2 comments:

Muallim AHB Blog said...

Memang Canggih!!

Mdhelmi said...

Ni bas scania . Kalau bas MAN berapa pula harga ?