Friday, September 5, 2008
Friday, August 22, 2008
Wednesday, August 13, 2008
GLOBAL IKHWAN DISANA SINI
MASUK ISLAM SETELAH BERMIMPI ORANG BERJUBAH SERBAN
Seorang tetamu India telah memeluk Islam pada hari Rabu, 30 Julai 2008, bersamaan 27 Rejab 1429H dalam Majlis Makan Amal sempena Israk Mikraj bertemakan Sembahyang Mikraj Kepada Kemenangan, di Dewan Majlis Perbandaran Seremban dari jam 11.45 pagi hingga 1.45 petang anjuran bersama Baitul Mahabbah dan Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia. Majlis yang dirasmikan oleh Puan Hasnah Abu Samah, isteri kepada Pegawai Daerah merangkap Pengerusi PUSPANITA Daerah Seremban, Negeri Sembilan, telah mendorong Encik Maniam a/l Doraysami, 55 berasal dari Sungai Petani Kedah diIslamkan oleh Ustaz Kamaruzzaman bin Ujang serta disaksikan oleh Ustaz Abdul Rahim Mohammed. Nama Islamnya ialah Mohd Umar Al-Faruq bin Abdullah, telah diberi oleh Ustaz Nasrullah bin Ashaari.Bekas ahli perniagaan yang mengusahakan Syarikat MK Transport Logistic yang mempunyai 4 buah cawangan sekitar Selangor termasuk satu di Seremban 2 yang mempunyai pendapatan mencecah RM500 hingga RM700 ribu sebulan telah berpisah dengan bekas isterinya pada tahun 2006 kerana masalah kerugian dalam perniagaan. Kini beliau menetap sendirian di Seremban 2 untuk meneruskan saki-baki hidupnya.Mengimbas kembali detik pengislamannya, sudah 30 tahun beliau memasang niat untuk memeluk Islam, namun pada majlis ini baru Tuhan izinkan. Menurut beliau lagi, pada tahun 2003 dan 2004 beliau telah bermimpi sebanyak 4 kali didatangi oleh seorang lelaki yang berjubah putih, berserban, mengajaknya menaiki sebuah kereta mewah. Adalah menjadi hasrat beliau untuk bertemu orang yang menjelma dalam mimpinya itu pada suatu hari ini kerana orang itu beliau kenali setelah ditunjukkan sekeping gambar padanya.
Sambungnya lagi, selepas pengislamannya di dalam majlis itu beliau pulang ke rumah. Di rumah beliau telah dua kali mencium bauan yang sangat wangi yang mana beliau tidak pernah bau sebelum ini. Maha Suci Tuhan, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat disebaliknya.Menurutnya lagi, sewaktu membuat pendaftaran namanya di Jabatan Agama Islam di Kuala Lumpur, dengan nama MOHD UMAR AL-FARUQ BIN ABDULLAH, beliau merasa pelik dan aneh kerana proses tersebut amat mudah, dan tidak sedikit pun lamanya dimasukkan ke dalam pendaftaran.
Kehadiran masyarakat luar boleh dianggarkan 80%, kebanyakkan yang hadir terdiri daripada pelbagai golongan iaitu Ahli Korporat, Ahli Perniagaan, Kontraktor, Persatuan, Universiti, golongan professional, kakitangan kerajaan hinggalah ke golongan kanak-kanak. Terdapat juga mereka yang berbangsa Cina dan India turut hadir pada majlis tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan dan sambutan mereka amat baik sekali. Terutama mereka kagum dengan persembahan kumpulan nasyid Mawaddah (Al-Haura') yang sangat berbakat dan professional.Selain daripada itu promosi produk-produk halal dari penaja majlis utama iaitu Global Ikhwan Sdn Bhd telah memberikan lagi keyakinan pada mereka dengan adanya syarikat bumiputera Islam yang memperjuangkan makanan halal dan mengikut syariat. Sekaligus mengingatkan kembali mereka kepada produk-produk keluaran Al-Arqam dan Pengerusi Global Ikhwan Ustaz Hj Ashaari Muhammad.
Hasil daripada majlis itu, berbagai respon masyarakat diterima amatlah positif. Selain daripada itu, Baitul Mahabbah tidak putus-putus dikunjungi oleh masyarakat sama ada untuk dilawati atau memberi sumbangan. Baitul Mahabbah juga telah menerima "sebuah water filter" yang berharga ribuan ringgit daripada seseorang yang dirinya tidak mahu dikenali. Selain daripada itu, anak-anak juga menerima bantuan 15 pasang cermin mata percuma daripada Optometry, untuk anak-anak yang mempunyai masalah penglihatan.Selain daripada itu, Baitul Mahabbah dianggap oleh penduduk sekitar Rasah Kemayan, Seremban sebagai pusat pendidikan untuk anak-anak mereka dihujung minggu bagi mendapatkan bantuan pendidikan terutama mengenai agama. Seorang ibu tunggal memohon supaya dapat membantunya dan anak-anak dalam pendidikan dan kebajikan kerana ada dikalangan mereka telah menghantar anak ke asrama anak yatim yang lain, akhirnya diambil semula kerana pendidikan dan penekanan agama yang kurang dan terabai, secara tidak langsung, Baitul Mahabbah dianggap satu alternative kepada mereka.
Tujuan Majlis itu diadakan adalah untuk memperkenalkan Baitul Mahabbah yang beroperasi di alamat No.9, Jalan RK 5/1 Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan kepada masyarakat untuk mengumpul dana bagi memenuhi keperluan Baitul Mahabbah sebagai asrama, pusat kebajikan dan pusat pendidikan.

Tuesday, August 12, 2008
Monday, August 11, 2008
LAWATAN EN.LEE BOON SENG KE PUSAT LATIHAN IKHWAN DIPANJI
KOTA BHARU 8 OGOS 2008 - Pusat Latihan Ikhwan di Panji telah dikunjungi oleh
seorang pemilik Kilang Beras dari Tumpat berbangsa Siam.Namanya Lee
Boon Seng yang berusia 36 tahun.Beliau datang bersama
isteri dan dua orang anak serta seorang pekerjanya yangberbangsa Melayu. Sebelum ini,beliau ada membuat sumbangan beras kepada Pusat Latihan ini.Beliau meninjau pembinaan bangunan induk Pusat Latihan tersebut dan melihat sendiri kegiatan pelajar disana.Beliau dihiburkan dengan nasyid dari persembahan pelajar pusat tersebut.

Thursday, July 31, 2008
PROGRAM ISRAK MIKRAK DIPUSAT LATIHAN IKHWAN PANJI
KOTA BHARU 31 Julai 2008-Global Ikhwan Kelantan telah mengadakan program israk mikraj di Pusat Latihan Ikhwan Panji. Pengarah Global Ikhwan Kelantan,Syeikh Abdul Aziz telah menyampaikan kuliah khusus sempena sambutan tersebut .Beliau telah memberi penekanan tentang kehebatan tuntutan solat yang diterima oleh Rasulullah ketika di mikrajkan.Program tersebut juga dihadiri Penghulu Mukim Panji .
Wednesday, July 30, 2008
EKSPO AHLAN YA RAMADHAN
Orang ramai dijemput hadir ke ekspo Ahlan Ya Ramadhan yang akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh selama tiga hari bermula 21 Ogos hingga 23 Ogos 2008.Antara aturcara majlis ialah:
- Gerai pameran & jualan
- pertandingan nasyid,sajak dan azan peringkat rendah dan menengah.
- acara sukaneka
- Persembahan Nasyid dan Teater oleh KUMPULAN AS SAKINAH
- Perkahwinan beramai-ramai
Untuk keterangan lanjut dan tempahan gerai jualan sila hubungi BIRO PENERANGAN GLOBAL IKHWAN KELANTAN di talian 0139830511/0129297897/0199750597/0139326065
Tuesday, July 29, 2008
PERALATAN PERKUSI UNTUK KUMPULAN NASYID
Monday, July 28, 2008
TAZKIRAH
"Maksiat hati kerana ia bersifat maknawiah dan rohaniah yang tidak dapat dilihat oleh mata yang susah hendak difikirkan oleh akal, selalu sahaja terabai dan terbiar. Tidak ada orang bahkan yang punya diri sekalipun sibuk-sibuk hendak membanteras gejala-gejala hati ini. Padahal penyakit masyarakat pokoknya dari sini. Kalau penyakit sahaja yang hendak dibanteras ibarat pokok kayu yang merbahaya, hanya kita buang daun-daun dan ranting-rantingnya sahaja sedangkan pokoknya masih dibiarkan hidup". - USTAZ HJ.ASHAARI MUHAMMAD
BIRO KEBUDAYAAN GLOBAL IKHWAN KELANTAN
ANDA INGINKAN HIBURAN YANG MENEPATI KEHENDAK SYARIAT TUHAN?...
Hubungilah Biro Kebudayaan Global Ikhwan Kelantan di talian 0199476015 (Zakaria@Pakya)
Perkhidmatan yang disediakan ialah:

- Persembahan nasyid &Teater
- PA system
- Mengajar nasyid dan bermain alat perkusi
- Menjual pelbagai alat muzik yang sesuai kehendak syariat
Tuesday, July 22, 2008
- RANGKAIAN RESTORAN & CAFÉ GLOBAL IKHWAN KELANTAN
· Restoran Manisnya Madu .Nasi Air Special.(masa niaga:12.00 Tengahari-12.00malam)
· Restoran Manna wa salwa.Masakan Panas.(Masa niaga:12.00 Tengahari-12.00 malam)
· CafĂ© Ikhwan.Hidangan pagi,tengahari dan masakan panas (Masa niaga :7.00 pagi -12.00 malam)
KURSUS PENGHAYATAN SOLAT UNTUK MEMBENTUK REMAJA AGAR CINTA & TAKUTKAN TUHAN
Biro Dakwah & Motivasi Global Ikhwan Kelantan telah menganjurkan Kursus Penghayatan Solat khusus untuk remaja sahaja. Kursus berlangsung selama dua hari dua malam yang diadakan di Wisma Global Ikhwan Kelantan.Seramai 40 orang remaja telah menyertai kursus tersebut yang terdiri kalangan anak-anak ahli global Ikhwan Kelantan.Tema kursus ialah “Rinduilah Sembahyang Dengan Mencintai Tuhan”. Kursus ini akan diadakan lagi pada masa akan datang .
Kepada sesiapa atau pihak-pihak berkenaan yang ingin menjemput Biro dakwah & Motivasi mengadakan sebarang kursus motivasi bolehlah menghubungi Ustaz Hayaudin Hj.Mohamad (0199636245)

Saturday, July 19, 2008
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI EKSEKUTIF GLOBAL IKHWAN SDN BHD(GISB)
Berikut apa kata Pengerusi Eksekutif GLOBAL IKHWAN SDN BHD (GISB) iaitu Abuya Syeikh Ashaari Muhammad tentang penubuhan syarikat GISB."Kebangkitan Islam yang kian memuncak di Malaysia dan antarabangsa telah mendorong negara ini dan negara Islam lainnya berusaha untuk kian menepati ajaran Islam yang sebenarnya.Pemimpin dunia telah bercakap tentang merujuk kepimpinan kepada apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW"Perkembangan inilah di antara faktor penyebab mengapa saya Ashaari Muhammad mendaftarkan satu lagi syarikat perniagaan Global Ikhwan Sdn. Bhd. Bertujuan mencetuskan perniagaan komersial ke peringkat nasional dan internasional, satu bidang yang umat Islam patut perjuangkan sebagai keutamaan sesudah Iman; jika kita mahu jadi umat yang kuat." Selari dengan kebangkitan Islam yang kian memuncak di seluruh dunia, umat islam dari pelbagai bangsa dan negara sudah ramai yang berusaha untuk melaksanakan cara hidup yang bertepatan dengan ajaran Islam.Apa yang menjadi hasrat rakyat di kalangan umat islam itu, mendorong para pemimpinnya pula bercakap tentang perlunya merujuk kaedah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.Kekuatan umat Islam boleh ditingkatkan dengan membangunkan ekonomi komersial kerana ekonomi menjadi kekuatan tambahan yang utama sesudah kekuatan asas iaitu iman, ukhwah dan kesefahaman dan keselarasan.Atas dasar itulah, Abuya Syeikh Ashaari Muhammad telah mendaftar satu lagi syarikat perniagaannya iaitu Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).Dengan hasrat untuk mencetuskan perniagaan komersial di peringkat komersial di peringkat nasional dan antarabanga, Abuya Syeikh Ashaari Muhammad amat yakin bahawa, hanya dengan melaksanakan program fardhu kifayah ini secara beramai-ramai atau berjemaah, barulah akan datang rahmat dan bantuan Tuhan untuk menjayakannya. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri pernah mengingatkan bahawa berjemaah itu rahmat manakala berpecah belah itu azab.GISB sedang merangka dan melaksanakan pelbagai projek yang tidak hanya tertumpu kepada aktiviti ekonomi sahaja, bahkan dibangunkan juga projek-projek lain yang membawa keuntungan kepada umat islam khasnya dan seluruh anggota masyarakat amnya. Ia mencakupi bidang-bidang seperti motivasi, pendidikan, kebajikan, kebudayaan, penerangan, kesihatan, pertanian, dan perlancongan.Apa yang menjadi hasrat Pengerusi Eksekutif GISB, Abuya Syeikh Ashaari Muhammad adalah untuk membangunkan model sistem hidup islam yang sempurna di semua aspek.Moga-moga dengan itu umat Islam dapat melihat betapa cantiknya dari Tuhan itu. Juga untuk membuktikan bahawa hanya sistem dari Tuhan sahaja yang menjamin kasih sayang, pembelaan dan keselamatan.Terdapat 12 jenis biro atau kegiatan yang diperjuangkan oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. ini:1. Politik/ Tugas Khas/ Strategi.2. Pentadbiran/ Perlaksanaan3. Pendidikan/ Pelajaran.4. Dakwah dan Motivasi5. Hal Ehwal Masyarakat.6. Ekonomi.7. Kewangan.8. Kebajikan.9. Kesihatan.10. Kebudayaan.11. Pertanian/ Teknologi/ Ternakan.12. Pelancongan.Semua ini digerakkan di dalam 6 zon perniagaan:Zon Utara,Zon Tengah,Zon Selatan,Zon Pantai Timur,Zon Malaysia Timur danZon Antarabangsa.Setiap zon mempunyai barisan kepimpinan atau pengarah yang mengetuai pekerja yang akan menjayakan perniagaan Global Ikhwan Sdn Bhd.Dengan bilangan pengarah dan pengurus seramai 300 orang di berbagai peringkat, pekerja seramai 5000, remaja 7000, syarikat ini sekarang mempunyai 700 premis perniagaan di semua bidang biro yang disenaraikan.RANGKAIAN PERNIAGAANCita-cita saya dan syarikat ini bersama seluruh kakitangan di Muharram 1429 bersamaan Januari 2008, ialah menghidupkan rangkaian syarikat untuk lonjakan perniagaan Komersial Ikhwan.Dengan produk-produk seperti Roti Ikhwan, Minuman Ikhwan, Snek Ikhwan, Mee, Laksa, Meehoon, Kuew Tiow Ikhwan, Sos Kicap Ikhwan, diharapkan syarikat dapat mengedar keseluruh premis di seluruh zon dalam dan luar syarikat. Ertinya produk ini akan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan antarabangsa.STRATEGI PEMASARAN DAN PROMOSI Umat Islam perlu membina dan memulakan rangkaian perniagaan sendiri dengan mencetuskan sistem pemasaran yang praktikal dan berkesan. Tidak berlakunya selama ini adalah kerana umat Islam tidak mendapat sokongan dari Tuhan. Sedangkan orang bukan Islam mampu melakukan kerana mereka dapat mencukupkan syarat yang ditetapkan oleh Tuhan. Iaitu mereka ada Quwwah yakni kekuatan wang, orang, kepakaran dan strategi. Sedangkan orang Islam, kalaupun semua Quwwah itu dapat disediakan namun Tuhan tidak juga akan beri kerjasama, selagi mereka tidak bertaqwa.Taqwa adalah syarat utama untuk umat Islam jika mahu berjaya.Tanpa Taqwa, nescaya Tuhan tidak akan menyerahkan urusan dunia ini kepada orang Islam, sepertimana telah diserahkan kepada orang bukan Islam sekian lamanya. Walhal sebelum 700 tahun terakhir dunia memang dalam tangan orang Islam oleh kebangkitan Islam pertama oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.. Sebab mereka melakukannya dengan Taqwa. Maka untuk kali kedua inipun umat Islam akan bangkit dengan Taqwa.SUMBER DANA DAN KEKUATAN Sumber kekuatan yang disediakan Tuhan kepada orang Islam tidak sama dengan sumber untuk orang bukan Islam.Orang bukan Islam diberi dari sumber alam dunia yang lahir. Sedangkan orang Islam yang bertaqwa sumbernya dari alam ghaib oleh kekuatan roh. Maksudnya dan contohnya; Rasulullah memenangi Perang Badar adalah oleh adanya sokongan 5000 malaikat yang datang dari alam ghaib. Maka walaupun lahirnya para sahabat cuma 313, sedangkan kafir Quraisy 1000 orang, tapi Rasulullah memenanginya. Peperangan perniagaan di zaman ini, orang bertaqwa akan Tuhan hantarkan wang dari Bank Tuhan. Iaitu dari tangan orang kaya-Nya, yang menyalurkan untuk Islam atas dasar cinta Tuhan tanpa meminta balasan. Mereka memberi bukan sebagai pinjam atau hutang. Pemberian adalah untuk buktikan cinta sekaligus ingin melihat syiar Islam bangun di muka bumi Tuhan. Usaha menanamkan cinta dan takut Tuhan kedalam hati insan untuk lahirkan Bank Tuhan ini, itulah kerja paling asas yang dibuat oleh para pemimpin yang dilantik Tuhan sama ada Rasul atau Mujaddid.PELAKSANA Mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w.di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan kapitalis atau orang bukan Islam Madinah? Rahsianya ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana diketuai oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf r.a. memanggil Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka. Mereka sembahyang hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, baca Quran, selawat dan lain-lain demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah s.a.w. mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Tuhan atau cara berniaga yang disuruh Tuhan. Iaitu dengan menawan hati orang. Para penyokong dari alam ghaib berdatangan selepas mendapat 'call' dari orang lahir. Hati penduduk Madinah ditawan. Datang ke Pasar Ansar orang dapat Tuhan, dapat pemimpin, dapat ibu ayah, dapat kasih sayang, dapat kebahagiaan. Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Mahal pun tak apa demi cinta. Lalu sunyilah gelanggang perniagaan kapitalis bukan Islam hingga membawa mereka gulung tilam bantal meninggalkan Madinah.Demikianlah sejarah bagaimana jauh hebatnya kekuatan sistem ekonomi oleh Allah dan Rasul dibandingkan dengan sistem perniagaan akal. Ia sudah berlaku tapi pasti berulang bilamana berulangnya kemunculan orang bertaqwa di muka bumi Tuhan ini sekali lagi. Rasulullah berjanji akan kemunculan itu di akhir zaman oleh satu etnik bernama Ikhwan. Mari kita berdoa dan berusaha untuk realitikan janji agung ini.
Maka bagi menjayakan sistem hidup Islam, Abuya Syeikh Ashaari Muhamad, melalui GISB telah mendidik para kakitangannya untuk untuk berusaha melayakkan diri menjadi orang-orang yang bertaqwa. Moga-moga dengan mengusahakan taqwa itu, Tuhan datangkan pertolongan sama ada di sudut rohaniah mahupun materialnya. Untuk itu, melalui program-program motivasi, para kakitangannya sentiasa diberikan ilmu dan panduan untuk mengusahakan taqwa di bidang masing-masing.Melalui GISB juga, Abuya Syeikh Ashaari Muhammad sangat berharap, masyarakat Islam dan bukan Islam akan mendapat manafaat yang besar hasil bekerjasama melalui hubungan perniagaan dan khidmat masyarakat.Moga-moga semua golongan akan mendapat pembelaan dan hiburan dari GISB, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dahulu.Amin.
WAKIL PONDOK TOK AYAH SIR BERTEMU PENGARAH GLOBAL IKHWAN KELANTAN
Baru-baru ini seramai 6 orang wakil dari Pondok Tok Ayah Sir, Pasir Puteh Kelantan telah datang ke Wisma Global Ikhwan Kelantan untuk bertemu Pengarah Global Ikhwan Kelantan iaitu Syeikh Abdul Aziz Ismail selaku wakil Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi .Mereka sangat yakin dengan kedatangan Imam Mahdi.Apabila dicerita kan secara terperinci oleh Syeikh Abdul Aziz tentang Imam Mahdi dan Putera Bani Tamin, mereka sangat terkejut kerana selama ini mereka hanya sekadar tahu sahaja tapi tidak mengenalinya secara terperinci. Mereka juga yakin akan Al Fatta Attamimi dan bersedia untuk memberi kerjasama dengan Global Ikhwan.

MADAH
GLBOBAL IKHWAN SDN BHD BELI BAS DUA TINGKAT
Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD telah mula beroperasi di Malaysia dari utara ke selatan termasuk Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dengan membawa penumpang-penumpang yang terdiri dari kakitangan anggota Global Ikhwan buat setakat ini ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Ipoh dan Alor Setar sebagai usaha Global Ikhwan untuk mendekati rakyat Malaysia sambil mendapat ilmu dan panduan secara bergerak atau mobile yang disifatkan sebagai pusat pengajian bergerak atau universiti bergerak dan seterusnya menjadi bas persiaran untuk pelancong di dalam atau dari luar nega
Bas tersebut telah dibeli dengan harga tunai RM800,000.00 (ringgit Malaysia) tanpa berhutang dengan mana-mana institusi kewangan atau bank dari syarikat pembuatan bas Sweden bernama SCANIA untuk bahagian enjin dan chassis, dan kelengkapan badan luar dan aksesori serta kelengkapan dalaman di buat oleh syarikat bas tempatan SKS Coachbuilders Sdn. Bhd atau pendeknya dikenali sebagai SKS BUS bertempat di Jalan Puchong-Kajang, Kg. Pulau Meranti, Puchong, Selangor (www.sksbus.com.my). Menurut salah seorang pengendali bas itu, kos pembinaan bas dengan kelengkapan dalaman yang canggih dapat dijimatkan jika dibeli dengan harga tunai kerana jika dibeli dengan harga hutang kos bagi bas tersebut adalah RM1.2juta ringgit Malaysia. Pada mulanya apabila pihak Global Ikhwan menyuarakan untuk membeli bas tersebut, penjual bas menyatakan ianya mengambil masa yang lama untuk membuat tempahan, tetapi apabila pembeli dari Global Ikhwan mengatakan bas itu hendak dibeli dengan tunai, dalam masa satu hari sahaja bas tersebut sudah ada untuk dijual kepada Global Ikhwan.
Pembikinan bas untuk menjadi bas yang canggih seperti ini biasanya menurut syarikat bas tersebut ialah selama 6 bulan, tetapi yang anehnya kelengkapan bas luar dan dalamnya itu dapat disiapkan dalam masa hanya 2 bulan setengah (75 hari) sahaja dengan sokongan dan kerjasama dari pihak SKS BUS yang begitu serius untuk menyiapkan bas Global Ikhwan dalam masa yang singkat itu.Apa yang menjadikan bas Global Ikhwan itu canggih ialah terdapatnya sistem litar kamera tertutup di tingkat atas dan bawah di mana penumpang di bawah dan di atas dapat melihat antara satu sama lain untuk memudahkan komunikasi secara visual disamping secara audio melalui mikrofon yang berkabel panjang untuk semua peserta atau penumpang memberi ucapan. Selain dari dapat melihat orang lain samada di bawah atau di atas, skrin LCD yang terpampang boleh keluar dan masuk secara automatik disetiap tingkat dan penumpang boleh menonton CD atau DVD yang dimainkan di tingkat bawah. Bahagian tingkat bawah lebih eksklusif dengan adanya mini dapur atau pantry, kawalan sistem audio-video dan peralatan sofa yang menarik. Satu kelainan yang terdapat pada bas ini ialah setiap penumpang tidak memakai kasut di dalamnya. Kasut-kasut penumpang di tempatkan di dalam rak yang di sediakan dekat dengan tangga di atas dan rak di tingkat bawah berhampiran pintu kecemasan. Oleh itu, kebersihan dari segi syariat Islam dapat dikawal apabila najis dan kekotoran tidak di bawa masuk bersama kasut di dalam bas. Rak-rak kasut yang disediakan cukup untuk seluruh penumpang seramai 45 orang di mana rak kasut di sediakan satu di bawah dan 2 di tingkat atas.

DAPUR NEGERI @ DAPUR BERPUSAT
Dengan berkat dan karomah ASZ,Global ikhwan Kelantan telah mewujudkan dapur negeri untuk kemudahan ahli-ahli yang tinggal sekitar daerah Kota Bharu.Tujuan diwujudkan dapur negeri ini adalah sebagai satu cara untuk menguatkan ukhwah dan kasih sayang sesama ahli dan secara tidak langsung akan mengurangkan jurang perbezaan hidup sesama ahli.Semua ahli akan terasa terbela dan diberi perhatian.Selain dari itu,kaedah ini juga akan menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW iaitu budaya makan didalam talam.

KILANGMEE KUNING IKHWAN
INSTITUT AGRO TOURISMLembah KetenanganKampung Bukit Haji Omar08100 MerbokKedahMalaysia
Mee Kuning Ikhwan dihasilkan menurut syariat Islam - bersih, suci dan halal di Institut Agro Tourism, di kaki Gunung Jerai, Kedah berhampiran dengan pekan Merbok, Kedah. Tanpa menggunakan pengawet dan tidak mengandungi bahan kimia atau bahan-bahan yang tidak halal seperti minyak dan ubat tahan, Mee Kuning Ikhwan dibancuh dengan air yang bersumberkan dari air bawah tanah di kaki Gunung Jerai ini dan diproses dalam mesin untuk menjadikan ianya bebas dari klorin dan bahan kimia yang terdapat dalam air paip biasa. Oleh kerana mee ini tidak mengandungi bahan awet, ianya tidak boleh disimpan lebih dari satu minggu jika disimpan dalam peti sejuk dan tidak lebih 4 hari jika berada di luar dari peti sejuk.

Friday, July 18, 2008
MUSALLA/ GLOBAL IKHWAN KELANTAN
KOTA BHARU,JUN 2008- Sempena kepimpinan baru Global Ikhwan kelantan, antara projek utama dan pertama yg dilancarkan oleh Syeikh Abdul Aziz Ismail yang merupakan Pengarah Global Ikhwan Kelantan ialah mengemaskan kembali solat setiap ahli. Lantaran itu diwujudkan Musolla/surau negeri. Wisma Global Ikhwan yang terletak di Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa telah dijadikan Musolla negeri.Setiap ahli diajak untuk memulakan segala-galanya dengan memeriahkan solat berjemaah terlebih dahulu. Ahli-ahli yang tinggal berhampiran musolla negeri/wisma Global Ikhwan dibentuk sebagai ahli muhafazah yang mempunyai AJK tersendiri.Setiap ahli muhafazah diminta untuk bersolat lima waktu dimusolla negeri. Musolla ini dianggap pusat untuk mendapat bantuan Tuhan. Diwujudkan juga Imam dan pembantu imam agar perjalanan solat jemaah berjalan dengan lancar dan teratur sebagaimana yang dikehendaki oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Selain itu, antara aktiviti di Musolla negeri ini ialah kuliah Fardhu ain yang diadakan setiap pagi Jumaat.Program kuliah fardhu ain ini diisi oleh Syeikh Abdul Aziz dan juga lain-lain kepimpinan Global Ikhwan Kelantan.Intipati kuliah semuanya merujuk minda-minda Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi.

BAGAIMANA RASULULLAH MENGUBATI PENYAKIT MASYARAKAT
"Benteng yang paling ampuh pada diri seseorang ialah iman yang padu terhadapTuhan dan hari akhirat."Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat `toleransi` terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat- jahat manusia kepada `khairunnas` - sebaik-baik manusia.Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:Pertama :Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka."Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.Kedua :Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama . Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari Alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan.Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini.Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini.Tentulah tidak sanggup berlalai-Ialai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: "Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapakamu berbuat iaitu kepada Allah." Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.

Subscribe to:
Posts (Atom)